Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Bukan kenyang perut jer suka hati, apa-apa saja yang kita suka buat dan berhasil selepas itu mesti lah suka. Betul kan?! Dijadikan cerita, aku dah search banyak blog kat google ni dan ada pelbagai cerita. Menarik! So timbul idea nak buat blog sendiri dan yeehaaa... finally! Seronok tak terkata bila dah ada blog :) Boring-boring tu terisi gak lah masa.
Nak cerita apa yer?! hurmm..oleh kerana minggu depan aku mula kuliah untuk sesi 2012/2013 pada (16/2/2013) jadi memang sangat tak sabar menunggu, excited pun iye juga sebab tak sangka dapat sambung study balik. Rakan-rakan seangkatan semuanya dah berjaya dapatkan ijazah. Walaupun ketinggalan, apapun syukur pada allah kerana memberi peluang untuk 'upgrade' hidup yang ada hari ni (amin). Pasal persiapan tak ada apa nak dibeli sebab semua masih elok lagipun banyak juga nak pakai duit jadi tak payahlah nak membazir beli yang baru. Hanya buku sahaja yang masih tak ada. Untuk jadual kuliah, penasihat akademik dah edar masa pendaftaran di skudai hari tu (thanks Dr. Hidayat). Program aku ada 2 seksyen dan aku dapat seksyen ke-2. Kawan baru pun aku dah jumpa (Irra & zatty). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku dah ada kawan untuk berbincang dan belajar nanti. Caiyukk Cik Dila...Go go go!
p/s: for my new friends Irra & zatty. jumpa kat kelas nanti. xoxo.love
No comments:
Post a Comment