Tuesday, 19 February 2013

Penat giler beb!

Dah beberapa hari x update blog...dah bersawang!..hehehe. Tak ada kesempatan, agak busy dengan ulangkaji. Banyak yang kena dibuat. Student baru masuk la katakan. Penat tu memang tak dapat nak dicakaplah. Sangat2 penat tapi puas sebab my hubby tak henti2 bagi sokongan. Luv him so much. Cabaran kali ni, lecture dan nota kuliah semua in English u know. hehehe...meraban la kejap aku nak memahamkannya. Kuliah pertama dan kedua dah lepas so the next...kalau tak berubah ikut jadual seperti biasa lah. So far, Alhamdulillah...semua berjalan lancar. Thanks to Allah coz selalu kuatkan hati ini bila aku memerlukan. Gotta go....needs some rest coz dari semalam demam dan susah nak tidur. Tidur dulu. Salam. xoxo.dila



Friday, 15 February 2013

Senyum Seindah Suria

Salam jumaat sume. :) Yeayea...indahnya pagi ni. Hehehe...di Bangi ni tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Apapun cabaran hari ini, mulakan dengan senyuman dan moga indahlah dunia kita. Hidup kita ni sama ada esok, lusa, dan seterusnya semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya, perlu sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakkal agar diberi petunjuk dan hidayah dan dijauhkan dari segala kemudaratan. Itulah yang sebaik-baiknya. Pejam celik dah sampai pun 15 haribulan Februari 2013. Esok sessi kuliah bermula. Ya Allah, berilah aku kefahaman dan ketajaman akal, bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupanku, fokus dalam pekerjaan dan pengajianku, serta tunaikanlah hasratku untuk menghabiskan pengajianku dengan mendapat anugerah dekan serta sentiasa mendapat keberkatan dari Mu. Perkenankanlah doaku ini.

Be, Thanks! coz belikan laptop baru untuk sayang. terharu. xoxo.love



Thursday, 14 February 2013

Keje Part time?!?

Masih di ofis dan masih duduk menanti buah jatuh! hehehe. tak adalah. Sementara ada masa terluang ni elok dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah. Rugilah jika duduk saja tanpa buat apa-apa. Zaman dah berubah dan semakin maju. Masa tak kan tunggu dan akan terus berlalu sehingga sampai waktu yang dijanjikan oleh Allah kepada kita iaitu Kiamat. Cakap pasal masa terluang, dalam hati tu adalah terfikir nak buat bisnes sampingan, yelah, dapat topup sikit duit yuran belajar pun dah kira ok. Nak jadi cam kak sheema (ofismate) yang suka berniaga dan tak pernah putus asa. Bukan nak puji tapi kalau bab berniaga dia memang cekal dan aku kagum dengan semangat dia tu. Nak dapat aura macam tu susah juga. Mungkin aku ni tak cukup positif kot. Hurrmm... dia boleh aku pun mesti boleh! Rancangan aku buat masa ni, jual dlu produk marykay tu. Rezeki kita ada dimana-mana dan Allah dah aturkan semuanya. Jadi, jangan cepat putus asa. Come on..u can and do it! hehhee... betul ker english aku ni dah macam berterabur. Hentam aje lah. Aku minat bab program komputer ni...design..maybe one day..jurutera awam yang juga hebat dalam komputer...wow...hahaa good idea and apa lagi nanti kena cari buku, baca dan buat research kat internet. Wish me luck. Macam biasa, nak layan lagu sambil kemas meja cikit. Daaa. xoxo.love


Wednesday, 13 February 2013

Mood Cuti

Sihat?! Mood hari ni ?!? Mood limau CNY. hehehe. Biasalah dah lama cuti, bila naik ofis balik dah rasa malas kan. Kene kumpul aura positif di pagi hari. Lewat gak aku keluar rumah tp alhamdulillah sempat thumb print pagi tadi. Fuhhh..lega. Masuk jer opis, lengang..macam biasalah. Bos masih bercuti sambut CNY. Nak ke site, belum ada site lagi. Jom membaca apa yang patut. Apa yer cerita menarik pagi-pagi ni?!? Layan paper jom...sambil dengar lagu ni. Perut dah lapar ni..yukkk kita makan dulu. Daaaaa...xoxo.love


Monday, 11 February 2013

We are gangster by Namewee



We Are Gangster! Sape dah tengok citer Hantu Gangster best kan. Mesti dah dengar lagu dari Namewee ni iaitu anak muda kelahiran Malaysia yang suatu masa dulu pernah mencetuskan kontroversi berhubung lagu negaraku yang dimyanyikan dan digubah semula oleh beliau sendiri. Aku pun tak pasti apa jadi pada kes dia ni. Sebab tau-tau jer senyap. Dia kini dah kembali ke tanah air dan menyumbang bakat dalam bidang seni. Sambil layan internet saje dengar lagu ni, best gak. Muzik lagu ni boleh naik semangat bila didengar. Moga generasi muda di Malaysia di masa hadapan lebih matang dan sentiasa berfikiran positif serta  tak mudah terjebak dengan pengaruh yang tidak baik. 

Pengaruh buruk datangnya dari sikap yang suka mengikut-ikut tabiat yang tak baik.Tak payah nak citer negara orang la, kat Malaysia ni pun apa yang aku tengok, ramai anak-anak muda dengan umur masih kecil tetapi dengan selamba cakap benda-benda kotor seperti pan*** ! b**i ! dan bermacam-macam lagi, Rasanya x manis nak disebutkan disini. Menjadi persoalan disini adalah, adakah dirumah mereka juga bertutur dan bercakap dengan ibu bapa dan adik-beradik sebegitu. Fuhhh! Menggeleng kepala sekejap lihat perangai dan tingkah laku anak muda zaman ini. Pesanan aku sebelum buat fikir dulu apa kesan nya akan datang. Daaaa...xoxo.love

Saturday, 9 February 2013

Pengantin Baru

♫Bila tersedar betapa tulusnya citamu♯
♪Biar apapun yang menghalang tak kan pernah bisa♫

♫Dari diriku menjaga dirimu♯
♪Tuhan tolonglah aku ♫
♫Satukan aku dan dirinya selamanya
(Setia Hujung Nyawa)

Hik3x...Bestkan citer Setia Hujung Nyawa. Tangkap lelah air mata. Cakap pasal cinta, hari ni kita citer pasal kenduri kawin. Yelah...kebangyakan pasangan yang bercinta mesti nak hubungan korang disatukan ke jinjang pelamin (berkahwin) dan mesti ramai yang sedang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Tak kiralah dimana saja korang berada moga majlis korang berjalan dengan baik dan lancar. Minggu ni aku dapat jemputan dari beberapa tempat. Satu kad tu dari kawan satu opis Maaflah x dapat hadir sebab dah kepenatan sangat. Majlis kedua pula jemputan dari kawan satu sekolah, itupun aku tak dapat datang dan sepupu aku pun berkahwin pada hari ni. Tak boleh nak elak dah, kenalah attend sebab dia sepupu yang paling rapat. kira kakak dia kawan aku dari kecil dan lagipun dia anak pak teh aku (adik beradik mak). 

Aturcara majlis mula jam 11 pg  dan habis pada pukul 4 ptg td. Penat tu biasalah, kenduri kawin mestilah penat sebab ramai org kan! aku ni tak de lah tolong apa pun sebab pak teh aku ni gunakan khidmat katering cuma ayah aku kena masakkan gulai tambahan kot-kot la tak cukup. Setakat ni alhamdulillah, majlis lancar. Mak teh aku paling kesian sebab dia bukannya boleh berdiri lama dan tak sihat sangat tapi macam-macam dia buat. Kadang-kadang terfikir agaknya itulah kuasa kasih sayang. Bila ada kasih sayang, semua perkara sanggup dihadapi. Seronok rasanya bila tengok baju pengantin (kaler hijau) dan pelamin dia (purple). Biarpun majlis hari ini ringkas tapi saya yakin ianya penuh bermakna bagi pengantin dan keluarga. So Sweet! Terbayang macam sendiri pula yang kawin (gelak besar hubby). Sepertimana pasangan lain, aku juga harap ikatan cinta aku dan hubby sentiasa mekar. Love u sayang. Pada Mekmek (sepupu aku yang kawin tu). Welcome to the club! Moga berbahagia selalu disamping suami tercinta. Jom layan lagu ni sama-sama. Daaaaaaa...xoxo.love







Friday, 8 February 2013

Happy Birthday To Me

Happy Birthday to me. Moga Allah panjang kan umurku dengan keberkatan, dilimpahkan rezeki yang halal , kesihatan yang baik, jadi isteri yang solehah dan berjaya habiskan degree aku dengan anugerah dekan (amin). Maka dengan itu bertambahlah setahun lagi umurku pada hari ini :) Rasa macam sekelip mata 'anak ayah' ni besar kan! Teringat masa kecil-kecil dulu, aku ni rapat sangat dengan ayah dan boleh kata serba-serbi ayah buat termasuklah bancuh susu dan ganti lampin. Mak pula bekerja sebagai nurse dan masa keje memanglah tak menentu (shift), jadi sebab tu lah urusan anak-anak semua ayah yang buat.

Sambung citer pasal birthday td. Well, today is my birthday. Hubby aku pula, macam mana dia boleh lupa birthday aku ni. Iskhhhhh, x patut2x. Aku tunggu jer sambil bagi hint kat dia tapi dia buat dunno jer. Memang merajuk la sekejap pagi tadi. Nak pi kerja pun muka dah senget-senget..hahaha. Apapun cover, manalah tau dia buat-buat lupa. Sempat pula air mata ni kuar sikit. he3x, terkilan punya pasal la tu. Rupa-rupanya memang betul dia lupa..hampeh! Nasib baik tengah hari tadi dah pujuk kalau tak, malam karang tidur luar...huhuhu :) Hurmmm, k lah masa untuk pulang beristirehat bersama keluarga. Lappy aku rosak jadi kena tunggu minggu depan pula untuk update blog. Esok mula cuti panjang CNY then rabu minggu depan baru masuk opis. Selamat Bercuti! Kongsi2x...Layanz. Daaaaaa...xoxo.love










Thursday, 7 February 2013

Tolonglah!

Jasad dan Nyawa dah kelaut! huk aloh! Mood hari ni bercampur-campur. Dari pagi tadi lagi susah betul nak tarik energy +ve ni. Kemanakah kau menghilang. Please come to me! Rileks dan tarik nafas...hembus (ulang3x) errmmm baru rasa lega sikit. 

Semua orang ada masalah so jangan lah sesuka hati jer nak lepaskan marah tu kat orang yang tak bersalah. Aku juga ada hati macam kau! Apa rasanya jika hati kau yang sakit? Aku selalu berdoa pada Allah moga suatu hari nanti dia akan berubah kepada yang lebih baik biar dia jadi seorang yang lebih penyayang, pemaaf dan lebih bertimbang rasa (amin). Adakalanya bila jadi macam ni terasa macam aku ni dah gagal tapi bila fikirkan semula aku yakin Allah lebih mengetahui. So, dari buat yang tak patut baik aku biarkan ia reda sendiri. Daaaa. xoxo.love







Wednesday, 6 February 2013

My Blog

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Bukan kenyang perut jer suka hati, apa-apa saja yang kita suka buat dan berhasil selepas itu mesti lah suka. Betul kan?! Dijadikan cerita, aku dah search banyak blog kat google ni dan ada pelbagai cerita. Menarik! So timbul idea nak buat blog sendiri dan yeehaaa... finally! Seronok tak terkata bila dah ada blog :) Boring-boring tu terisi gak lah masa.

Nak cerita apa yer?! hurmm..oleh kerana minggu depan aku mula kuliah untuk sesi 2012/2013 pada (16/2/2013) jadi memang sangat tak sabar menunggu, excited pun iye juga sebab tak sangka dapat sambung study balik. Rakan-rakan seangkatan semuanya dah berjaya dapatkan ijazah. Walaupun ketinggalan, apapun syukur pada allah kerana memberi peluang untuk 'upgrade' hidup yang ada hari ni (amin). Pasal persiapan tak ada apa nak dibeli sebab semua masih elok lagipun banyak juga nak pakai duit jadi tak payahlah nak membazir beli yang baru. Hanya buku sahaja yang masih tak ada. Untuk jadual kuliah, penasihat akademik dah edar masa pendaftaran di skudai hari tu (thanks Dr. Hidayat). Program aku ada 2 seksyen dan aku dapat seksyen  ke-2. Kawan baru pun aku dah jumpa (Irra & zatty). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku dah ada kawan untuk berbincang dan belajar nanti. Caiyukk Cik Dila...Go go go!

p/s: for my new friends Irra & zatty. jumpa kat kelas nanti. xoxo.love