♫Bila tersedar betapa tulusnya citamu♯
♪Biar apapun yang menghalang tak kan pernah bisa♫
♫Dari diriku menjaga dirimu♯
♪Tuhan tolonglah aku ♫
♫Satukan aku dan dirinya selamanya♫
♫Satukan aku dan dirinya selamanya♫
(Setia Hujung Nyawa)
Hik3x...Bestkan citer Setia Hujung Nyawa. Tangkap lelah air mata. Cakap pasal cinta, hari ni kita citer pasal kenduri kawin. Yelah...kebangyakan pasangan yang bercinta mesti nak hubungan korang disatukan ke jinjang pelamin (berkahwin) dan mesti ramai yang sedang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Tak kiralah dimana saja korang berada moga majlis korang berjalan dengan baik dan lancar. Minggu ni aku dapat jemputan dari beberapa tempat. Satu kad tu dari kawan satu opis Maaflah x dapat hadir sebab dah kepenatan sangat. Majlis kedua pula jemputan dari kawan satu sekolah, itupun aku tak dapat datang dan sepupu aku pun berkahwin pada hari ni. Tak boleh nak elak dah, kenalah attend sebab dia sepupu yang paling rapat. kira kakak dia kawan aku dari kecil dan lagipun dia anak pak teh aku (adik beradik mak).
Aturcara majlis mula jam 11 pg dan habis pada pukul 4 ptg td. Penat tu biasalah, kenduri kawin mestilah penat sebab ramai org kan! aku ni tak de lah tolong apa pun sebab pak teh aku ni gunakan khidmat katering cuma ayah aku kena masakkan gulai tambahan kot-kot la tak cukup. Setakat ni alhamdulillah, majlis lancar. Mak teh aku paling kesian sebab dia bukannya boleh berdiri lama dan tak sihat sangat tapi macam-macam dia buat. Kadang-kadang terfikir agaknya itulah kuasa kasih sayang. Bila ada kasih sayang, semua perkara sanggup dihadapi. Seronok rasanya bila tengok baju pengantin (kaler hijau) dan pelamin dia (purple). Biarpun majlis hari ini ringkas tapi saya yakin ianya penuh bermakna bagi pengantin dan keluarga. So Sweet! Terbayang macam sendiri pula yang kawin (gelak besar hubby). Sepertimana pasangan lain, aku juga harap ikatan cinta aku dan hubby sentiasa mekar. Love u sayang. Pada Mekmek (sepupu aku yang kawin tu). Welcome to the club! Moga berbahagia selalu disamping suami tercinta. Jom layan lagu ni sama-sama. Daaaaaaa...xoxo.love
No comments:
Post a Comment