We Are Gangster! Sape dah tengok citer Hantu Gangster best kan. Mesti dah dengar lagu dari Namewee ni iaitu anak muda kelahiran Malaysia yang suatu masa dulu pernah mencetuskan kontroversi berhubung lagu negaraku yang dimyanyikan dan digubah semula oleh beliau sendiri. Aku pun tak pasti apa jadi pada kes dia ni. Sebab tau-tau jer senyap. Dia kini dah kembali ke tanah air dan menyumbang bakat dalam bidang seni. Sambil layan internet saje dengar lagu ni, best gak. Muzik lagu ni boleh naik semangat bila didengar. Moga generasi muda di Malaysia di masa hadapan lebih matang dan sentiasa berfikiran positif serta tak mudah terjebak dengan pengaruh yang tidak baik.
Pengaruh buruk datangnya dari sikap yang suka mengikut-ikut tabiat yang tak baik.Tak payah nak citer negara orang la, kat Malaysia ni pun apa yang aku tengok, ramai anak-anak muda dengan umur masih kecil tetapi dengan selamba cakap benda-benda kotor seperti pan*** ! b**i ! dan bermacam-macam lagi, Rasanya x manis nak disebutkan disini. Menjadi persoalan disini adalah, adakah dirumah mereka juga bertutur dan bercakap dengan ibu bapa dan adik-beradik sebegitu. Fuhhh! Menggeleng kepala sekejap lihat perangai dan tingkah laku anak muda zaman ini. Pesanan aku sebelum buat fikir dulu apa kesan nya akan datang. Daaaa...xoxo.love
No comments:
Post a Comment