Thursday, 14 February 2013

Keje Part time?!?

Masih di ofis dan masih duduk menanti buah jatuh! hehehe. tak adalah. Sementara ada masa terluang ni elok dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah. Rugilah jika duduk saja tanpa buat apa-apa. Zaman dah berubah dan semakin maju. Masa tak kan tunggu dan akan terus berlalu sehingga sampai waktu yang dijanjikan oleh Allah kepada kita iaitu Kiamat. Cakap pasal masa terluang, dalam hati tu adalah terfikir nak buat bisnes sampingan, yelah, dapat topup sikit duit yuran belajar pun dah kira ok. Nak jadi cam kak sheema (ofismate) yang suka berniaga dan tak pernah putus asa. Bukan nak puji tapi kalau bab berniaga dia memang cekal dan aku kagum dengan semangat dia tu. Nak dapat aura macam tu susah juga. Mungkin aku ni tak cukup positif kot. Hurrmm... dia boleh aku pun mesti boleh! Rancangan aku buat masa ni, jual dlu produk marykay tu. Rezeki kita ada dimana-mana dan Allah dah aturkan semuanya. Jadi, jangan cepat putus asa. Come on..u can and do it! hehhee... betul ker english aku ni dah macam berterabur. Hentam aje lah. Aku minat bab program komputer ni...design..maybe one day..jurutera awam yang juga hebat dalam komputer...wow...hahaa good idea and apa lagi nanti kena cari buku, baca dan buat research kat internet. Wish me luck. Macam biasa, nak layan lagu sambil kemas meja cikit. Daaa. xoxo.love


No comments:

Post a Comment